Ku tahu siapalah diri ini
Seringkali ku bertanya pada diri
Padankah aku dengannya?
Mampukah aku membahagiakannya?
Aku risau
Aku khuatir
Andai cinta ini mendatar
Tanpa apa-apa kesan di hatinya
Akhirnya aku bertemu satu jalan
Jalannya penuh onak dan duri
Namun aku bahagia
Kerana
Kami mampu tempuhinya bersama
Walaupun perjalanan ini baru bermula
Ku sentiasa berdoa
Agar cinta kami sampai ke pelaminan
Direstui kedua belah keluarga
Direstui kedua sanak saudara
Direstui oleh Yang Maha Penyayang..
InsyaAllah..andai ada jodoh kita..di hujung dunia kita pasti bertemu :)