Ilham Pujangga
Pages
Special For You
Permata Yang Dicari
Wednesday, September 22, 2010
Anugerah Kurniaan Ilahi
Lagu Inspirasi Hati tiba-tiba membuat diri ini terasa sangat pilu. teringat pula padanya. Semalam "terbuka" balik diary lama..huhu...terasa diri ini amat bodoh sekali ketika itu. Tidak pernah diri ini melakukan sedemikian rupa terhadap orang lain. Jujur cakap la, miera bukan jatuh hati pada rupanya, pada hartanya, mahupun pada pangkatnya, akan tetapi miera tertarik akan kekayaan agamanya, ketinggian ilmunya dan kemerduan suaranya. Miera harap sangat dirinya menjadi pembimbing miera di dunia ini dan sebagai "tangga" untuk miera ke Syurga yang hakiki. Kali pertama miera sedar kehadirannya ketika dia mengimami kami di suatu program yang miera ikuti. Sampai mahu menitis saja air mata ini mendengar tiap bait pembacaannya. Seusai solat entah kenapa miera berdoa agar bertemu jodoh sepertinya, insan yang boleh membimbing miera dalam senang mahupun sukar. Tidak miera sangka kami berhubung jauh dari yang disangkakan. Moga jodoh kami berpanjangan dan berdoa jugalah kami mampu menempuhi dugaan ini sampai hujung nyawa kami. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment