Ilham Pujangga

:.: Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam Dan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini :.:

Pages

Special For You

Bila sendirian fikiranku buntu Mengingati dirimu Dikau tiada lagi di sisiku Hatiku sayu bertambah pilu Kasih kau inspirasiku Kau mengajarku erti kehidupan ini Takkan ku lupakan nasihatmu Kerna ianya berguna untukku Seringkali aku berdoa pada-Nya Agar tabah menyusuri hidup ini Ya Allah berilah ku kekuatan Untuk tempuhi dugaan yang mencabar Sekiranya ku mendapat pengganti Ku harapkan insan sepertimu oh kasih Banyak membantu dan mendorongku Menjadi hamba yang taat kepada-Nya Walau dirimu tiada lagi Tapi hatiku tetap kepadamu Kenangan bersamamu subur mewangi Takkan luput dari ingatanku Takkan luput dari ingatanku

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirinya bukan untukku Redha hatiku dengan ketentuan-Mu Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Wednesday, October 27, 2010

My Memory

Assalamualaikum...

tak tau la kenapa kalau terfikir pasal Mr. Perfect terus jenguk blog..nak post tu la..ini laa..bukan ape...teringat tadi kat dye..dulu...kalau miera xde kredit dye yang isikn..selalu sgt mcm tu..smpai miera rse segaaan sangat.n dye pernah jugak time2 emergency dye mntak kredit dgn miera..miera xkisah sbb dye lg banyak memberi dn miera plk lagi byk menerima..huhu..sangat malu bila di ingtkan kembali..

Pernah suatu hari..dye kol miera suruh amik pen dgn kertas..miera pun cepat2 la capai ape yg ade..dye suruh tulis nombor...miera pun follow je la nombor2 tu..mase tulis nombor tu miera pk la jgk..no ape nie ye...ble dah abis tu..dye ckp.."nah..nie no topup..topup la fon tu"..Ya Allah..punye la terkejut miera time tu..igtkn no badan ka..no penting ka..rupenye no topup..miera ckap la xnak sbb byk lagi kredit..dye berkeras jugak nak miera trime topup tu...even though it seem like keanak2an..tp tu la kenangan yang sampai sekarang xdapat miera lupekan...

Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Berilah peluang dan ruang untuk dirimu sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. karna mencintai jg bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.


miera pernah bebaskan dye..dan dye datang balik dalam hidup miera..

by now on i notice dat dis blog is created just 4 him...how lucky he is coz having someone that love him this much..hehe..perasann tol la miera nie...biarlah tangan bertepuk sebelah..harap ade la jodoh miera dgnnya..miera susah sgt nak terima org lain dlm hidup miera selepas miera mengenalinya..

kawan2 miera ade yang marah..mreka cakap..."jangan terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup itu"..masalahnye..bukan miera nak terpaku kat situ..hati xbleh dipaksa2 la..kalau dipaksa tersiksa...tapikan...bukan miera nie xnak redha..bile kte dah syg seseorg melebihi diri sndiri ini..kalau dtkdirkan dye kawin dulu dari miera..miera la org yang paling kecewa..miera la org yg paling merana.."Ya Allah..Kau kuatkanlah hati hambamu ini.."

Semalam..miera wish Good Luck padanya 4 d final exam..then msge kami berlanjutan la..dah lame xmsge dye..takut menganggu..huhu..then..tetibe miera rase mcm nak demam je..hehe..xtau nape mcm tu...berdebar sangat kali..=)

ok la..gtg..nak stdy pulak..next week 1st paper Organic Chemistry..harap2 dapat skor la...Doakan diri ini ya Umi..Kaum keluargaku..teman2 ku..dan Si Dia.

coretan luahan ketika hati nie xtahu nak buat ape ^_^

Monday, October 25, 2010

Cloud ~ Kiss The Rain ~

Mimpi Buruk berakhir kebahagiaan

Just now..I've had a nightmare..mimpi terburuk pernah miera alami..miera dipaksa kawin dgn org yang miera lanngsung xkenal...xsempat jemput kwn2....family2..amat menyedihkan..kenapa miera mimpi sebegitu..??sepanjang hari miera bersedih kerana perasaan terpaksa itu..miera hampir2 mencabut nyawa sendiri ketika itu, akan tetapi dikuatkan oleh iman serta memikirkan jasa umi yang belum terbalas lagi..miera sukar untuk menerima kenyataan bahawa hari ini adalah hari pernikahan miera oleh kerana sudah ada hati yang mendiami hati ini..umi tahu siapa yang memiliki hati ini..tapi langsung tidak di hiraukannya.

Pada hari pernikahan..itu lah hari paling sedih pernah miera rasai, kecewa, hampa, dan perasaan dan jiwa ini kosong kerana terpaksa melalui hari2 nanti bersama orang yang miera langsung tidak tahu apa2 tentangnya..miera juga terfikir tentang tahap keimanan paling tinggi iaitu KEREDHAAN..miera cuba untuk redha..tapi hati dan jiwa miera mengatakan tidak. Sehinggalah pada pagi pernikahan miera..miera cuba menelefon Mr. Perfect..lambat2 diangkatnya panggilan itu. Mr. Perfect tidak mengetahui tentang pernikahan miera hari ini. Miera memberitahunya tentang itu tapi Mr. Perfect sangat bersahaja. Dia mengucapkan tahniah atas pernikahan miera hari ini dan memberi nasihat agar miera redha di atas segalanya. Miera teramat sangat kecewa ketika itu. Terus ganggang diletakkan..miera terpaku di penjuru bilik memikirkan masa depan yang belum pasti bersama "orang itu". Sungguh miera sangat kecewa.

Sepanjang hari pernikahan itu, miera acap kali bertanya kepada umi. "Sudah ira bernikah"? miera mengharapkan jawapan BELUM..Alhamdulillah..setiap kali miera bertanya kepada umi. Umi menjawab BELUM SAYANG..hari ini...miera tidak henti2 berdoa agar Mr. Perfect hadir menyelamatkan miera..penantian itu suatu penyiksaan..saat berganti minit..minit berganti jam..penantian miera terasa semakin hambar..miera kuatkan hati lagi agar dapat menerima kenyataan bahawa Mr. Perfect sudah tidaak wujud dari hidup miera..kenangan bersamanya silih berganti melalui fikiran miera..alangkah bahagianya jika pernikahan itu pengantin lelakinya adalah Mr. Perfect..betul miera sangat menantikan kehadiran Mr. Perfect.Umi tidak henti2 ke hulu ke hilir menyiapkan persiapan pernikahan miera.

Pada petang hari pernikahan miera..di hadapan rumah miera..miera kecewa..tapi tiada titisan embun keluar dari kelopak mata miera..tidak miera tahu kenapa..tika itu..umi datang mendekati miera..tidak miera dengari apa yang diperkatakannya..yang miera tahu..miera nak Mr. Perfect datang menyelamaykan keadaan..menyelamatkan miera dari "orang itu"..Sedang asyik duduk di hadapan rumah entah apa miera lakukan tika itu miera pun xpasti..yang pasti..fikiran serta mata hati miera dah buta..dah kosong..saat itu umi setia di sisi..Dalam beberapa minit selepas itu..Mr. Perfect muncul di hadapan miera..."Ya Allah..doaku dimakbulkan"..Alhamdulillah..Mr. Perfect membawa bersamanya buku pernikahan..miera kurang pasti untuk apa buku pernikahan itu..akan tetapi..Mr. perfect berbicara dengan Umi dengan penuh beradab..Umi tika itu agak bingung..miera juga begitu..Tika itu miera masih lagi terduduk di hadapan rumah miera..entah apa miera lakukan ketika itu..Hanya tergamam dan melalui setiap saat memerhati setiap perilaku Mr. Perfect..Sunggu mira sangat menyayanginya...tapi miera xdapat meluahkan perasaan miera itu.

Miera samar2 atas apa yang terjadi di antara umi dengan Mr. perfect.Yang pasti..pernikahan miera bersama "orang itu" tidak jadi kenyataan..Miera sangat bahagia dengan kedatangan mr. perfect menyelamatkan miera..umi kelihatan sudah boleh menerima Mr. Perfect..Ya Allah..betapa ku bahagia hari ini..Bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk hidup bersama orang yang amat miera sayangi..

Hari kemudiannya..miera ke rumah saudara miera..kurang pasti siapa gerangannya..Mereka menanyakan tentang pernikahan miera bersama "orang itu". Dengan perasaan berbunga dan bahagia...Miera mengatakan miera xjadi bernikah dengan "orang itu"..Akan tetapi miera bernikah dengan Mr. Perfect..Sangat bahagia..Mereka bertanya lagi.."kenapa boleh terjadi sebegitu rupa?"..miera menjawab dengan hati yang sangat ikhlas...

"Mungkin ini jodoh kami yang sudah lama ditetapkan oleh Allah s.w.t. . Miera menyintainya dan menyayanginya kerana Allah..menerima dirinya seadanya..langsung tidak terlintas perasaan nafsu terhadapnya..miera hanya ingin dirinya menjadi pembimbing serta suami yang bertanggungjawab yang boleh menjaga dan menyayangi miera sehingga akhir hayat miera..Selama ini..miera sering berdoa:'jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku'..InsyaAllah..hidup miera bahagia bersamanya hingga nafas miera yang terakhir."

Begitulah miera mengatakan kepada saudara2 miera yang ada di situ..ada yang terharu dan menangis oleh kerana keikhlasan miera itu..Wallahualam..

Tidak lama selepas itu miera terjaga oleh alarm..tone alarm (Allahuakhbar-Maher Zain)

**mimpi itu sangat kelihatan sangat REAL..bangun je dari tidur terus miera kerjakan Solat Fardhu Subuh..ada yang berkata mimpi itu mainan tidur..tapi miera xtau nak cakap apa..Hanya Allah yang tahu semuanya..dan JODOH ITU RAHASIA ALLAH..

Thursday, October 14, 2010

Ketakutan ku..

Dunia hari ini makin lama makin menjadi2..tidak insafkah dikau menabur dosa di bumi Allah ini..??

Ya Allah..sungguh diri ini takut berbuat dosa kepadaMu..jauhilah diri ini dari belenggu syaitan laknatullah, KAU jauhilah hambaMu ini serta kaum keluargaku dari percikan api nerakaMu, janganlah sesekali KAU buka hati kami untuk melakukan maksiat akan tetapi KAU bukalah hati kami untuk meneruskan amal ibadat kami Lillahita'ala sampai nafas terakhir kami. Ya Rahman, kasihanilah diri kami..terimalah taubat kami moga diri kami ditempatkan di dalam salah satu syurgaMu
Amin Ya Rabbi Alamin.
Takut betul tgk video2 yg ade kat youtube tu..mcm2..org gaduh la tu la ni la..seram rase dgn dunia hari nie..


Sunday, October 3, 2010

Sabar Ye HATI

Dia akan dapat yang lebih baik dari miera..miera nie ape ade..miera tahu jodoh miera bukan dengannya..redha la miera..jangan sedih2 ye..miera dah berkali-kali cakap yang pipit sama enggang xboleh terbang sama2..jangan risau ya miera..jodoh tu kalu ada-ada la..apa yang penting sekarang nie adalah belajar bersungguh2..jgn fikir lagi benda2 yang bleh buat kamu migrain lagi ok..!! suke sgt la miera nie pk bende2 yg xberkaitan dengan kehidupan sekarang..InsyaAllah..miera akan menempa nama suatu hari nanti di persada Antarabangsa..miera nak pegi UK..nak amik master in chemistry n keje kat sane bbrapa tahun..balik Malaysia terus gtau umi cari calon suami untukku..insyaAllah..apa yang baik bagi keluargaku..baik jugalah untuk diriku ini..betul..pernah la membayangkan diri ini jika termasuk dalam keluarganya suatu hari nanti..huhhu..Bahagianya hidupku..

Tak tahu ape perasaan miera skrg nie..keliru..sedih..bahagia..n the best thing describing my feeling is...NO FEELING..then..just now..mr perfect call me..oh..knapa la saat aku ingin lupakan mu..dirimu muncul kembali dalam hidupku..adakah ini petanda untuk aku kehlangan dirinya buat selamanya..?? Wallahualam..

Rindu pulak kat abah..da lame dye xtanye khabar..walaupun abah xpernah ambik tau pasal kami sekeluarga..kami masih dapat hidup, dapat pegi skolah, dapat masuk U atas tanggungan Umi 100%..

InsyaAllah UMI..nanti suatu hari Along akan balas jasa umi tu..Along akan jadi anak yang solehah yang akan sentiasa doakan umi walau dimana umi berada..nie janji Along..umi doakan Along berjaya dapat First Class Degree yer..Along bukan macam along yang dulu..yg masih bermain2 dengan perasaan..along da berjaya tempuhi dugaan along dengan izinNYA..Alhamdulillah..umi..along da sihat sepenuhnya skrg..along mintak maaf ye sebab xdapat result tinggi mase 1st sem kat matrik tu..along mintak maaf sgt2 umi..bukan kehendak along tu umi..along akan igt segala layanan umi ketika saat along terlantar di hospital tu..tanpa umi along pasti menangis xhenti2..n saat itu masih kemas di hati Along..

(Kalau lah umi dengar luahan hati ini..pasti beliau amat bersyukur kerana telah melahirkan diri ini ke dunia)

ALONG SAYANG UMI SANGAT2..