Pada hari pernikahan..itu lah hari paling sedih pernah miera rasai, kecewa, hampa, dan perasaan dan jiwa ini kosong kerana terpaksa melalui hari2 nanti bersama orang yang miera langsung tidak tahu apa2 tentangnya..miera juga terfikir tentang tahap keimanan paling tinggi iaitu KEREDHAAN..miera cuba untuk redha..tapi hati dan jiwa miera mengatakan tidak. Sehinggalah pada pagi pernikahan miera..miera cuba menelefon Mr. Perfect..lambat2 diangkatnya panggilan itu. Mr. Perfect tidak mengetahui tentang pernikahan miera hari ini. Miera memberitahunya tentang itu tapi Mr. Perfect sangat bersahaja. Dia mengucapkan tahniah atas pernikahan miera hari ini dan memberi nasihat agar miera redha di atas segalanya. Miera teramat sangat kecewa ketika itu. Terus ganggang diletakkan..miera terpaku di penjuru bilik memikirkan masa depan yang belum pasti bersama "orang itu". Sungguh miera sangat kecewa.
Sepanjang hari pernikahan itu, miera acap kali bertanya kepada umi. "Sudah ira bernikah"? miera mengharapkan jawapan BELUM..Alhamdulillah..setiap kali miera bertanya kepada umi. Umi menjawab BELUM SAYANG..hari ini...miera tidak henti2 berdoa agar Mr. Perfect hadir menyelamatkan miera..penantian itu suatu penyiksaan..saat berganti minit..minit berganti jam..penantian miera terasa semakin hambar..miera kuatkan hati lagi agar dapat menerima kenyataan bahawa Mr. Perfect sudah tidaak wujud dari hidup miera..kenangan bersamanya silih berganti melalui fikiran miera..alangkah bahagianya jika pernikahan itu pengantin lelakinya adalah Mr. Perfect..betul miera sangat menantikan kehadiran Mr. Perfect.Umi tidak henti2 ke hulu ke hilir menyiapkan persiapan pernikahan miera.
Pada petang hari pernikahan miera..di hadapan rumah miera..miera kecewa..tapi tiada titisan embun keluar dari kelopak mata miera..tidak miera tahu kenapa..tika itu..umi datang mendekati miera..tidak miera dengari apa yang diperkatakannya..yang miera tahu..miera nak Mr. Perfect datang menyelamaykan keadaan..menyelamatkan miera dari "orang itu"..Sedang asyik duduk di hadapan rumah entah apa miera lakukan tika itu miera pun xpasti..yang pasti..fikiran serta mata hati miera dah buta..dah kosong..saat itu umi setia di sisi..Dalam beberapa minit selepas itu..Mr. Perfect muncul di hadapan miera..."Ya Allah..doaku dimakbulkan"..Alhamdulillah..Mr. Perfect membawa bersamanya buku pernikahan..miera kurang pasti untuk apa buku pernikahan itu..akan tetapi..Mr. perfect berbicara dengan Umi dengan penuh beradab..Umi tika itu agak bingung..miera juga begitu..Tika itu miera masih lagi terduduk di hadapan rumah miera..entah apa miera lakukan ketika itu..Hanya tergamam dan melalui setiap saat memerhati setiap perilaku Mr. Perfect..Sunggu mira sangat menyayanginya...tapi miera xdapat meluahkan perasaan miera itu.
Miera samar2 atas apa yang terjadi di antara umi dengan Mr. perfect.Yang pasti..pernikahan miera bersama "orang itu" tidak jadi kenyataan..Miera sangat bahagia dengan kedatangan mr. perfect menyelamatkan miera..umi kelihatan sudah boleh menerima Mr. Perfect..Ya Allah..betapa ku bahagia hari ini..Bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk hidup bersama orang yang amat miera sayangi..
Hari kemudiannya..miera ke rumah saudara miera..kurang pasti siapa gerangannya..Mereka menanyakan tentang pernikahan miera bersama "orang itu". Dengan perasaan berbunga dan bahagia...Miera mengatakan miera xjadi bernikah dengan "orang itu"..Akan tetapi miera bernikah dengan Mr. Perfect..Sangat bahagia..Mereka bertanya lagi.."kenapa boleh terjadi sebegitu rupa?"..miera menjawab dengan hati yang sangat ikhlas...
"Mungkin ini jodoh kami yang sudah lama ditetapkan oleh Allah s.w.t. . Miera menyintainya dan menyayanginya kerana Allah..menerima dirinya seadanya..langsung tidak terlintas perasaan nafsu terhadapnya..miera hanya ingin dirinya menjadi pembimbing serta suami yang bertanggungjawab yang boleh menjaga dan menyayangi miera sehingga akhir hayat miera..Selama ini..miera sering berdoa:'jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku'..InsyaAllah..hidup miera bahagia bersamanya hingga nafas miera yang terakhir."
Begitulah miera mengatakan kepada saudara2 miera yang ada di situ..ada yang terharu dan menangis oleh kerana keikhlasan miera itu..Wallahualam..
Tidak lama selepas itu miera terjaga oleh alarm..tone alarm (Allahuakhbar-Maher Zain)
**mimpi itu sangat kelihatan sangat REAL..bangun je dari tidur terus miera kerjakan Solat Fardhu Subuh..ada yang berkata mimpi itu mainan tidur..tapi miera xtau nak cakap apa..Hanya Allah yang tahu semuanya..dan JODOH ITU RAHASIA ALLAH..
No comments:
Post a Comment