Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
"Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah dosa hambaMu, sebelum ini hamba begitu taat padaMu, kemudian hamba diuji dengan cinta dunia yang kadang-kadang mengalpakan hamba Ya Allah. Bantulah hamba dalam mengharungi semua ini Ya Allah. Hamba tiada tempat mengadu selain-Mu Ya Allah. Pinjamkanlah sedikit kekuatan untukku, hamba tidak mahu melukakan sesiapa, hamba juga tahu setiap yang dijadikan pasti ada sesuatu yang tersembunyi Ya Allah. sungguh akal kami sebagai hambaMu sangatlah terhad untuk memikirkan setiap takdirMu."
"Ya Allah, diri ini takut berbuat dosa. Tentukanlah jalan yang terbaik bagi kami agar kami menjauhi perkara-perkara maksiat. Peliharakanlah hamba dari melakukan zina hati dan zina mata Ya Allah. Khusyukkan solatku Ya Allah. Benar Ya Allah. semakin hamba meniti hari-hariku..khusyuknya hamba dalam solat semakin berkurang. Begitu juga rinduku padaMu serta pada KekasihMu iaitu Rasulullah s.a.w makin berkurang Ya Allah. Dulunya, cintaku hanya untukMu dan KekasihMu..kini..Cintaku harus terbagi lagi..Besarnya ujian ini..Ujian yang menguji kesetiaanku padaMu Ya Allah..janganlah Kau tarik semula Hidayah yang telah Kau berikan padaku Ya Allah..Hamba amat merindui cinta hamba padaMu dan kekasihMu dahulu..kembalikanlah cintaku yang dulunya Ya Allah..Hamba merayu Ya Allah.."
No comments:
Post a Comment