Tarikh yang takkan pernah dilupa..
ditinggalkan oleh seorang lelaki yg amatku cinta..
Tanyalah pada dirinya mengapa..
hati yang tulus ikhlas menyayanginya diluka..
Takku sangka dan takku duga..
Perpisahan yang kau pinta..
Hatiku luka dan kecewa..
Setelah janji-janji kita kau persia..
Kini..
Luka itu seolah menerjah kembali..
Mengintai dari tirai kamar hati ini..
Membawa semua senyuman dari diri ini..
Buatku rasa hidup ini tak lagi punya erti..
Terbayang kembali saat dilukai..
Aduh..sakitnya tak terperi..
Kau yang ku sayang,
Dari dulu kini dan selama-lamanya,
Sebelum kenal dirimu,
Sebelum jumpa dirimu,
Kau sering datang dalam mimpiku..
Diri sentiasa perlukan dia dalam hidup,
untuk menempuh ranjau dan onak yang berliku,
Walaupun amat sukar sekali memahami dirinya,
Hati ini tetap sabar menanti hatinya terbuka untukku..
Sekiranya hanya maut yang bisa membuatkan dirinya sedar akan tulusnya kasih sayangku padanya,
Damaikanlah hatinya saat pemergianku nanti,
Kuatkan hatinya menerima takdir ilahi,
Kerana.
Suatu hal yang harus kita ingati,
Mati itu Pasti!
No comments:
Post a Comment