Kita cemburu melihat manusia yang bahagia,
kita tidak melihat saat dia sukar bagaimana.
Tiada manusia yang tidak bertemu kesukaran.
Hidup adalah ujian.
Bahagia tidak akan datang dengan sendiri,
kebahagiaan sebenar adalah apabila keimanan itu utuh kepada Ilahi.
Itulah yang menjadikan walau duit kita sedikit,
hati tetap lapang dan tenang.
Itulah yang menjadikan walau duit kita banyak,
kita tetap tidak lupa diri dan bersederhana dalam kehidupan.
Iman,
apa kita perkukuhkan?
Atau hanya tahu mengungkap mahu bahagia,
tetapi tidak pernah berusaha mendekati Tuan Punya Bahagia?
Muhasabah malam.
No comments:
Post a Comment