Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku khuatiri
Sejak terjadi cerita itu, cerita itu
Makan minumku dah tak terjaga
asyik memikirkan tentang kamu
Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari
(Sekarang)
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah.
Lagu ni khas ditujukan buat insan yang paling ku sayang, That Man aka Belon.
Baru-baru ni ada 'text' dia asking for him to totally let me go. Sy buat macam tu sebab dah tak tahan. Susah sy nak mulakan hidup baru dengan mana-mana lelaki. Susah bagi sy nak buat keputusan hidup. Susah bagi sy nak bagi kata putus untuk seorang lelaki yang menanyakan status diri sy untuk dijadikan isteri baginya dunia akhirat.
Sekiranya dirinya membaca post ini. Tolonglah faham apa yang sy rasa. Tiada makna jika kita terus begini. Tiada makna sy setia pada awk. Tiada makna jika kita bersama. Kita tiada jodoh! Kenyataan hidup ini awk dan sy harus terima. Walaupun hati awk dan sy sakit kita harus terima kenyataan bahawa kita TIADA JODOH. Sy silap mewarnai kain putih yang diberikan saat sy lahir ke dunia ini. Sy silap mewarnainya saat bermulanya kehidupan sy di universiti. Tapi tu dulu. Sekarang tidak lagi. Sy nekad dan berazam nak cari balik Kemanisan Iman yang sy rasai dalam kehidupan sy di Kolej Matrikulasi Pahang. Indahnya tidak terhingga sehinggakan saat diri mengingati Allah dan RasulNya mengalir mutiara jernih di pipi kurniaanNya.
DULU...
Saya cinta awak sangat
Sayang awak sepenuh hati
Rindu awak setengah mati
Setia pada awak
Sentiasa nak bahagiakan awak
Sentiasa utamakan awak dari diri saya
Tapi tu dulu. Sy nekad untuk bangkit setelah awk tinggalkan sy mcm tu je. TANPA ada langsung rasa IHSAN awk pada sy. Awk tidak layak untuk sy!!! Almost all my friend cakap "Mira, you deserve better!". Semua orang cakap macam tu pada sy. I'm getting stronger.
DULU...
Awk janji akan bahagiakan sy
Awk janji nak jadi imam sy
Awk janji tidak akan sakiti sy
Awk janji macam-macam
Sampai sy hanyut dengan cinta awk..
Tapi tu dulu. Nampaknya sy sahaja yang pegang pada kata-kata. Saya sahaja yang pegang janji sy. Awk? Hilangkan diri dan anggap kita tidak pernah ada hubungan sebelum ini.
SAKIT?
Yes. Perbuatan dan perasaan MELEPASKAN sangat sakit untuk pengetahuan awk. Perasaan sakit yang awk rasa ni la perasaan sy di saat awk LEPASKAN sy suatu saat dulu. Terima kasih awk kerana hadirnya awk bertambah lagi pengalaman hidup sy untuk tidak mudah menerima orang menghuni hati yang satu ini. Hadir dan perginya awk menguji keimanan sy kepada Allah swt. Sungguh, hambaNya seringkali melupakanNya tapi, ALLAH tidak pernah walau sedetik melupakan hamba-hambanya.
PERASAAN SAYA?
Kalau diikutkan perasaan sy yang berdarah muda ni, waktu belajar lagi sy nak mendirikan masjid dengan awk bagi mengelakkan dosa maksiat dan zina. Syukur Allah tunjukkan sy dan membuka mata sy seluas-luasnya, awk memang tidak layak untuk sy. 4 ciri yang harus dilihat pada calon suami yang digariskan 1. Agamanya 2. Kecantikannya 3. Keturunan 4.Harta. Jika yang pertama sudah tiada dalam ciri calon suami tersebut, wajib bagi wanita-wanita muslim melupakan niatnya. Begitulah perasaan sy yang hancur saat awk lepaskan sy.
REDHA?
Redha dengan ketentuan ini adalah bagi sy jalan yang terbaik buat masa sekarang. Jujur sy katakan sy tidak pernah menyesal mengenali awk. Maafkan sy. Hanya ini jalan terbaik yang sy dapat fikirkan pada masa terdekat ini. Beribu kata maaf dari sy kerana memungkiri janji sy pada awk. Akhirnya sy sakiti hati awk kali ini untuk kebaikan agama masing-masing. Mungkin sy bukan yang terbaik untuk awk. Mungkin juga masih ramai wanita yang mampu membahagiakan awk. Sekiranya ada luahan rindu dari sy pada entri-entri akan datang..just ignore what sy bebel sorg2..when i miss u, i'm not really missing you but the moment we had once spent together.
Sekian dari saya, Salam dan Selamat Tinggal
p/s: kalau dah berpunya buat la macam dah berpunya, jangan bagi sy berharap ape2, orang yang tamak selalu rugi.
Sekian dari saya, Salam dan Selamat Tinggal
p/s: kalau dah berpunya buat la macam dah berpunya, jangan bagi sy berharap ape2, orang yang tamak selalu rugi.
No comments:
Post a Comment